Prp Lutut

Penyakit sendi lutut kini menjadi sebahagian daripada masalah kesihatan masyarakat moden terutama mereka yang berusia 40 tahun ke atas.

– Sakit Lutut Bila Menaiki atau Menuruni Tangga.
-Terpaksa Solat Duduk Kerana Lutut Tak Boleh Lipat.
-Terpaksa Menggunakan Tongkak Bila Berjalan.
-Bergantung Kepada Ubat Tahan Sakit

Kenapa Rawatan Suntikan PRP Lutut Begitu Efektif?

Darah manusia mengandungi 1% platelet dan plasma mengandungi ejen pembekuan darah bertujuan menghentikan pendarahan. Walaubagaimanapun, platelet berfungsi lebih daripada hanya pembekuan darah.

Tubuh memerlukan platelet untuk membaikpulih tisu badan yang rosak. Ini kerana platelet kaya dengan kandungan pertumbuhan tisu dan penyembuhan tisu.

Oleh itu, tubuh secara semulajadi akan menghantar platelet ke bahagian tisu yang cedera untuk memulakan proses penyembuhan. Oleh yang demikian, Rawatan PRP adalah sangat berkesan untuk merawat tisu yang rosak.

Dengan menyuntik ejen pertumbuhan dan penyembuhan daripada PRP ke tempat yang cedera, seperti tendon, ligament dan sendi tubuh akan memulakan proses penyembuhan secara semulajadi. Tahap kepekatan yang tinggi dalam PRP akan mempercepatkan proses tersebut.

Rawatan PRP adalah efektif dan selamat kerana ia menggunakan darah yang diambil daripada badan sendiri.

Pilihlah Rawatan PRP Sekarang
Temujanji bersama Klinik Iltizam.