Masih ramai ibu ayah yang mengeluh saat cahaya mata baru dilahirkan. Ini kerana, mereka tidak menjangkakan pelbagai persiapan yang perlu dilakukan SEBELUM bayi dilahirkan. Jom kita semak, persediaan bersalin yang mungkin kita terlepas pandang!
1. Kelengkapan bayi – Pastikan pakaian bayi seperti baju lengan panjang, baju lengan pendek, kain bedung, barut, kain napkin dan pampers disediakan sebelum memasuki labor room. Susu formula mungkin diperlukan jika ibu menghadapi masalah puting kerana ini akan menyukarkan bayi untuk menghisap susu badan dengan baik. Jadi, botol susu dan puting susu yang bersesuaian perlu disediakan. Kelengkapan lain seperti stroller, baby carrier, baby cot juga mungkin perlu diambil kira bagi ibu ayah yang bakal menerima cahaya mata pertama.
2. Kelengkapan ibu – Bengkung merupakan antara keperluan ibu yang baru lepas melahirkan cahaya mata bagi mengembalikan bentuk badan kepada asal. Selain itu, makanan semasa berpantang perlu dimasukkan dalam list persediaan. Ibu perlu makan makanan yang berkhasiat dan sesuai untuk dalam pantang. Jamu dan vitamin juga perlu diambil dalam tempoh berpantang bagi mengembalikan tenaga dan fitness ibu kepada asal
3. Pam susu – Jika ibu bercadang untuk menyusukan bayi hingga umur 2 tahun, digalakkan untuk memiliki pam susu. Ibu mungkin boleh meminjam pam dari saudara mara yang terdekat untuk menjimatkan kos.
4. Perkhidmatan bidan urut berpantang / confinement lady – Pelbagai pakej berpantang dalam pasaran sekarang. Namun, ibu-ibu disarankan untuk membuat tempahan satu minggu sebelum tarikh EDD untuk mengelakkan pertindihan.
5. Sewa lampu biru phototherapy – 70% bayi yang baru dilahirkan akan didiagnos jaundice atau kuning pada hari kedua atau ketiga kelahiran. Bayi perlu mendapat rawatan lampu biru untuk menurunkan kadar kuning (bilirubin) dalam darah bayi. Kini, terdapat perkhidmatan sewa lampu biru phototherapy di rumah untuk memudahkan ibu berpantang dengan lebih selesa dan tidak perlu berulang-alik ke hospital.




